Sunday, 18 November 2012

SENARAI AHLI KUMPULAN PP.A+B
 ( DAERAH LANGKAWI)

HAIZA NISHA BT OTHMAN
(Menyediakan rancangan mengajar - RPH)




 MOHAMAD RODI B.SHAMSUDIN
(Membuat blog)


NOORAZRA BT ABD RAHMAN
(Membuat Blog)


SURIYA BT BAHAROM
(Menyediakan bahan dan gambar untuk blog)


MAZNAH BT RAMLI
(Melakukan kerja mengedit, mencetak dan binding)
Storyboard

Set induksi.
-          Guru menerangkan tentang jenis makanan yang ada pelbagai rasa.
-          Guru tunjuk contoh makanan maujud atau dari carta gambar.
Langkah 1
-          Guru rasa makanan tersebut sambil membuat mimik muka.
-          Murid boleh teka rasa makanan tersebut berdasarkan mimik muka guru.
Langkah 2
-          Guru menerangkan tentang jenis rasa yang ada iaitu masam, masin, pahit dan manis.
-          Guru buat sedikit aktiviti latihan dengan menampal kad perkataan pada carta gambar.


Langkah 3
-          Guru buat aktiviti pengukuhan dengan murid iaitu mengeja semula perkataan manis, masam, pahit dan masin.
Penutup
-          Guru baca senikata lagu bersama murid
-          Guru dan murid menyanyikan lagu tersebut sambil membuat pergerakan.

VIDEO P&P ( RASA MAKANAN )




RANCANGAN MENGAJAR


Nama Kelas                                      : Prasekolah Bestari
Tarikh                                                 : 6 Mei 2012
Bilangan Murid                                 : 25 orang
Masa                                                 : 8.30 – 9.00 pagi (30 minit)
Modul                                                : Asas
Tema / Tajuk                                     : Makanan
Tunjang Utama                                : Sains dan teknologi (ST)
Standard Kandungan                     : ST 2.3 Mengasingkan makanan mengikut rasa.
                                                            Contoh manis, masin,masam.                                                   
Standard Pembelajaran                 : ST 2.3.6 Mengumpulkan objek mengikut rasa.           
Kesepaduan  tunjang                      : PSE 2.3.6 Berinteraksi dengan yakin.
Standard Pembelajaran Slot         : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid  dapat :-
a)    Kognitif               : 1)  Murid-murid dapat mengira objek mengikut rasa
                                          makanan.
             b) Afektif                  : 1) Bekerjasama, yakin, berani
             c) Psikomotor         : 1) Mengumpul makanan mengikut rasa.
                                                2) Membilang makanan mengikut  rasa.                     
                                                3) Mewarna gambar makanan.
Pengetahuan Sedia ada                 : Murid sudah tahu rasa aiskrim, oren, garam
Kemahiran Berfikir ( KBKK )          : Mengenalpasti, menjana  idea, membanding
Penerapan nilai (PN)                       : Sopan, sabar, kerjasama, bertolak ansur
Bahan Bantu Mengajar ( ABM)      :  Carta Makanan mengikut rasa
                                                              serta benda maujud iaitu makanan sebenar   
Fokus  MI                                           : Intrapersonal, interpersonal, kinestetik ,  
                                                              muzik, linguistik
 Kosa Kata                                        : Lebih, satu hingga sepuluh


MASA / LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI
CATATAN

Set induksi
( 3 minit )













Pengetahuan sedia ada mengenal rasa makanan: manis, masam, masin
Guru menunjukkan carta makanan. Murid boleh menyatakan contoh rasa dan nama makanan tersebut.
 Contoh : gula-manis
                garam-masin
                mangga-masam
PN:-
-Sopan
-Sabar
MI :-
-Kinestetik
-Linguistik
KBKK:-
Menjana idea

Langkah 1
( 5minit)
Mengasingkan makanan mengikut rasa
Guru menunjukkan satu persatu  makanan.Contoh:cuka,limau,telur masin,gula-gula dll.
Kemudian , guru memanggil beberapa orang murid untuk merasa makanan tersebut.
PN :-
-Yakin
MI:-
-lingustik
KBKK :-
Menjana idea

Langkah 2
( 9 minit )
Mengumpul objek mengikut rasa.










-Setelah selesai murid-murid merasa makanan tersebut, murid-murid diminta mengelaskan dan mengumpul makanan mengikut rasa.
Contoh:Masam:limau,cuka
             Manis:aiskrim,gula-gula.
             Masin:garam,telur masin
-Kemudian guru bertanya kepada murid-murid makanan mana yang paling mereka gemari.
PN:-
-Komitmen
MI :-
-Linguistik
-Interpersonal
KBKK:-
-Kreatif



Langkah 3
( 5 minit )
Penerangan Aktiviti




- Guru menerangkan aktiviti kepada murid-murid.
-Murid-murid dikehendaki mewarna gambar makanan yang mereka gemari.

Langkah 4
(5 minit)
Pengukuhan Aktiviti
- Murid menyebut semula nama makanan dan rasa yang telah dipelajari.
BBM :-
PN :-
-Bekerjasama
MI :-
-Kinestetik
KBKK:-
-Meramal
Penutup
(3minit )
Nyanyian
- Murid menyanyikan lagu mengenai rasa mengikut lirik “Kalau rasa gembira”.
- Contoh : Kalau rasa manis tepuk tangan, Kalau rasa masam kerut muka, Kalau rasa masin geleng kepala.
KBKK :-
-Kreatif
RASA MAKANAN

kopi - pahit
kopi - pahit





garam - masin

gula - manis

mangga -masam



                
1) Setelah selesai murid merasa makanan,murid mengumpulkan makanan mengikut rasa.
2) Guru bertanya kepada murid mana makanan yang paling disukai.
3) Murid menjawab 'MANIS'.